yyrmgrup

href="http://www.yyrm.yolasite.com/senarai-kebun-area-johor.php">

Pages

yyrmteam. Dikuasakan oleh Blogger.

TAHAJUD CINTA NUKILAN ORANG2 FASIK





Auto Parts Warehouse

TAHAJUD CINTA NUKILAN ORANG2 FASIK

posted 11 minutes ago by Hamidan Mokmin
Surah Al-Noor
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. / (31

AURAT MEREKA WAJIB DITITUP SEPERTIMANA KETIKA MEREKA MENDIRIKAN SOLAT

  


Surah Al-Munafiqoon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (1) Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (2)(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). 
(3) Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
LAGI
 (5) (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, samada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik. 
. (8) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
 (9) Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (10)Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. / (11)


YouTube Video


    APAKAH MAKSUD DISEBALIK PENGAJARAN YANG FOSITIF TENTANG PENERBITAN DERAMA INI.
APA MESEJ YANG HENDAK DISAMPAIKAN OLEH PENGARAH SERTA PELAKONNYA
TIDAKKAH MEREKA MENCERMIN DIRI SEDNIRI SIAPAKAH DIRI MEREKA SEBENARNYA SEBELUM MENERBITKAN 
SESEBUAH DRAMA
DENGAN SEORANG LELAKI YANG LENGKAP BERPAKAIAN ISLAM BERLATARBELAKANGKAN PENGAJIAN PONDOK, 
TAPI DIGAMBARKAN 
BERPERANGAI BINATANG? DITUJUKAN KEPADA SIAPA INI!! 
 BUKANKAH PAKAIAN ITU MELAMBANGKAN SEORANG ISLAM,
KEMUDIAN MEREKA YANG MENGHINAKANNYA
BUKANKAH NIAT DAN MAKSUD MEREKA ITU SENDIRI YANG YANG JAHAT LAGI FASIK ,SERTA MENAMBAH-NAMBAHKAN KEPASIKKAN  ORANG LAIN.
MEREKALAH SEBENARNYA BATU API DENGAN MENGGAMBARKAN SEORANG ISLAM BERPERANGAI BINATANG. 
KERANA MEREKALAH SEBENAR-BENARNYA ORANG2 FASIK DAN KUFUR NIKMAT SERTA KHINAT DAN DENDAM DEMI 
MENCAPAI KEMAHUAN 
NAFSU SENDIRI.
KERANA MEREKA SENDIRILAH YANG MEMBURUK-BURUKKAN IMEJ ISLAM ITU SENDIRI.
SEDANGKAN MEREKALAH YANG SEBENAR-BENARNYA KEJI
 MENUNJUKKAN KEBODOHAN DAN KEJAHILAN SENDIRI.
SERTA MEMBAWA ORANG LAIN MENJADI JAHIL DAN BODOH JUGA SEPERTI MEREKA !!!!




KATA BLOG MEREKA


Tahajjud Cinta – Drama cinta baru di tv3.Sebuah drama cinta islamik.Memang banyak kebaikan dalam cerita tersebut,memang banyak.Dalam cerita tu kite dapat lihat kecantikan muslimah berpurdah,keindahan bait bait islam,nilai nilai dakwah,serta cara hidup islam yang serba sermpurna.
Namun biasalah manusia,bile dah buat sesuatu untuk duit dan bukan keikhlasan,tentu ada yang ‘rosak’.Begitu juga tahajjud cinta,namun silap besar jika penerbit hanya mementingkan wang dari sensitiviti agama itu sendiri..
Islam,dan umumnya agama itu sendiri tidak boleh diperjudikan.Dalam cerita tahajjud cinta,pengarah seakan hilang arah.Nilai islam yang awalnye diterapkan dengan begitu baik pada mulanya perlahan-lahan di cemari maksiat buta..Itu ke islam ajar ?
Patutnye tak hairan dah,sebab sekarang memang media malaysia dah terpesong.Isu agama di perlekehkan,isu politik dan duit lebih utama.Tapi sebagai seorang yang cakna akan sensitiviti,aku memang mahu media malaysia tak banyak pon takpe la,sedikit menghormati agama islam dan agama agama lain..
tv3 dulu pon buat hal dengan iklan raya versi ‘yahudi’,raya tahun lepas tak silap,kan ? ustaz zamri pon kene ban dengan media sebab bersih,lagi ape lagi ?
Kalau betul nak buat drama dakwah,cinta islamik,buat betol betol.Jangan pertaruhkan nama ‘islam’ semata mata harta dunia..nauzubillah..
Jom like page ni ,kite bantah media kerajaan yang tidak adil !

Menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi

FRIDAY, 29 JULY 2011 18:33
EDITOR
HITS: 1064
  • E-mail 
  • Print 
  • PDF
.......Bukankah Umno lebih bahaya dari Wahabbi?
Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 ulasan:

Catat Ulasan