yyrmgrup

href="http://www.yyrm.yolasite.com/senarai-kebun-area-johor.php">

Pages

yyrmteam. Dikuasakan oleh Blogger.

Kerana lelaki itu tv 9 eeee Bodoh jugak ne.

Kerana Lelaki Itu  TV9 Macam Bodoh tapi baik untuk tontonan dan pengajaran 

 
Dalam Banyak-banyak drama bodoh di tv 9 entah kenapa drama bodoh ni yang paling menarik minat untuk aku kondem dan tonton. Terutama slot Umi Zulaika berhadapan dengan kerenah anak lelaki dan anak perempuan termasuk dua menantunya.
 
Ianya menggambarkan,Seorang ibu merangkap mertua kalau dinisbahkan dalam dunia nyata hanya   1 : 99  sahaja spisis yang tinggal, baki lainnya hanyut dalam perangai batu api dan bermulut  longkang. Tahniah buat ibu-ibu kalau termasuk dalam golongan yang 1 tu. Tahniah juga kepada pelakun yang berjaya membawa watak lakonan dengan baik dan berkesan.
 
Begitu juga dengan watak-watak yang dilakunkan oleh pelakun lainnya, mereka berjaya menjiwai, menghayati dan menterjemahkan satu lakunan terbaik bagi mengambarkan watak sebenar manusia zaman akhir ini. 
 
Watak Suami/lelaki boleh digambarkan dan mewakili mintel 50:50 Otak lelaki masa kini.
Watak isteri pertama boleh digambarkan dan mewakili otak para isteri masa kini dengan nisbah 1:99 ( 1 terbaik : 99 lagi haprak )
 
Watak isteri kedua pula digambarkan dan mewakili  99:1 pemikiran isteri2 atau perempuan masa kini. ( huh jenuh nak cari, rasa 1 pun takda kod )
 
Emmm watak Peguam Syrie yang ni tak usah diwujudkan pun takpa  kod. Kalau perkataan anak haram itu pedih untuk didengar tapi masih boleh diterjemhkan, rasanya takda satupun gelaran paling najis lagi pahit yang sesuai untuk dijenamakan pada golongan mereka ni, segala-galanya najis dan haram. Realiti sebenar golongan mereka masa kini semuanya semata-mata kerana wang.wang.duit.duit dan duit. Golongan Najis  ini wajib dijauhi dan kalau tersentuh wajib dipotong dan buang kerana tiada satu kaedah samak atau penyucian yang dapat dibasuh dan disucikan lagi. 
 
Tahniah kepada penulis skrip kerana berjaya menukilkan munuskrip terbaik dan terunggul. Nyata anda tergolong dari golongan orang-orang yang berakal sehat. 
 
Tahniah kepada pengarahnya kerana berjaya menonjolkan watak-watak dan menterjemahkan skrip kedalam dunia lakunan yang nampak nyata,mantap, hebat dan berkesan. 
 
Kepada suara latar disebalik mesej dan nasihat yang disampaikan di setiap slot memang terbaik dan tahniah kerana anda melontarkannya pada slot yang betul.
 
Apapun kebodohan tetap nampak nyata, Kerana apam-apam pelakunnya tersembul keluar disebalik pemakain seluar jin yang ketat serta baju yang sendat.
 
Apapun Drama ini sanggat baik untuk ditonton kerana didalamnya penuh dengan mesej-mesej yang besar maknya dalam realiti kehidupan sebenar.
 
Jadilah penonton yang berakal sehat dan bukan penonton yang terencat akal. Agar nukilan yang mereka bena dalam drama ini dapat di munafaatkan dan dijadikan pengajaran berguna kepada kita dan tidak sia-sia atau sekadar hiburan. 
 
Pakaian atau fesyen serta perkara-perkara lara/ sia-sia para pelaku atau pelakunnya, takusahlah di ikut kerana Syafaat dari yang memberi syafaat adalah hak mutlak bagi sesiapa yang mengamalkan dan menuruti kehendak Al-Quran dan Sunnah.
 
Salam Sejahtera dan Selamat Menonton.  
 
Tahniah Sekalilagi.
 
 
 
 
 
 
 

0 ulasan:

Catat Ulasan